ikhlaskan hati.insyaAllah ketenangan akan dicapai

Wednesday 7 September 2011

kenapa aku??

assalamualaikum....hr ni update blog lg =)

sy yakin setiap org psti pernah menghadapi masalah...lepas satu..satu masalah @ ujian yg dtg kan??masalah ini kdg2 berlaku apabila kita berhadapan dgn 'pilihan'..dan juga berlaku bila kita buntu utk mncari jalan keluar...dan juga kerana sibuk memikirkan apa salah aku smpi sbgini rupa diuji....

tp jgn risau..sebab Allah sentiasa berada  bersama dgn kita setiap saat dan dimana shj kita berada...walaupun kita sering lupakan Dia..tapi Dia x pernah lupakan kita..lihatlah betapa sayangnya Allah terhadap hambanya...ya Allah,ya Rahman,ya Rahim.

kdg2 trdgr jugak rintihan2 sstgh org dimana mereka merasa tidak adil bila masalah ini berlaku atas diri mereka....antara dialog yg biasa diucapkan, "kenapa aku??"@ "apakah salah aku sehingga diuji sebegini rupa" dan mcm2 lg.cuba kite tenangkan diri dan berfikir sejenak..mengapa kite yg ditimpa masalah

1. Allah mahu melihat sejauh mana tahap keimanan hambaNya

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

2. Allah rindu mendengar rintihan hambaNya

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

3.Hikmah yang terselindung

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

4.Allah ingin meninggikan darjat kamu

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

5.Allah lebih mengenali dan mengetahui bahawa hambanya boleh melepasi ujian hidup yang dilaluinya

 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


oleh itu,cuba fikirkan kembali..kenapa kita yang ditimpa ujian @ masalah itu..ini kerana kita boleh melepasi ujian tersebut..Allah lebih mengenali hambanya.Allah Maha Mengetahui.Allah tahu bahawa ujian itu dapat dilepasi oleh hambanya...lain orang lain ujiannya.kdg kala terdetik di hati saya..."bolehkah aku menghadapi ujian yg berlaku atas dirinya??" @ "kelihatan dia sungguh tabah dlm menghadapi ujian trsebut tp kalau ia terjadi atas diriku,berjayakah aku??"....

seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas(Al-Baqarah : 286)....Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya..mungkin si A tdk akan bertahan klu diuji dengan keadaan si B..bgitu sebaliknya si B mungkin tidak akan bertahan jika diuji dgn keadaan si A...oleh itu,ikhlaskanlah dan redhalah dgn ape2 pun ujian yang mendatang..sesungguhnya kamu akan menjalani ujian itu dgn mudah(insyaAllah)


p/s: teringat kata2 srikandi Islam Rabiatul 'Adawiyah ~~Untuk mendapat keredhaan Allah,seharusnya kamu yg patut redha dengan Allah dhlu :)
peringatan ini khususnya buat saya n insyaAllah mgkin blh mnjadi peringatan kpd teman2 lain

No comments:

Post a Comment